BM | EN | 中文

MB Selangor serah sumbangan RM100,000 kepada 20 masjid di Gombak

MB-serah-sumbangan-RM100000-kepada-20-masjid-di-Gombak.jpeg

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan untuk 20 masjid daerah Gombak ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid di Masjid Jamek Kampung Sungai Serai, Kuang, Hulu Selangor pada 30 April (Gambar SelangorKini)

Advertisement

RAWANG, 30 APR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan bantuan sejumlah RM100,000 kepada 20 masjid di daerah Gombak.

Sumbangan menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) diadakan di Masjid Kampung Sungai Serai, Kuang sempena Jelajah Ramadan Kita Selangor.

Terdahulu Amirudin Shari dilaporkan SelangorKini menunaikan solat Jumaat serta meneruskan program jelajah ke Batang Kali.

Advertisement

Pada 23 April, Amirudin berkata sejumlah RM2 juta diperuntuk kepada masjid di Selangor untuk mengadakan aktiviti keagamaan.

Semua masjid menerima sumbangan antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk menampung kekurangan dana susulan penutupan serta pengehadan bilangan jemaah sejak perebakan Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top