BM | EN | 中文

MB Selangor saran manfaatkan tanah lapang, bertani guna fertigasi

MB-Selangor-saran-manfaatkan-tanah-lapang-bertani-guna-fertigasi.jpg

Datuk Seri Amirudin Shari melawat tanaman fertigasi ketika majlis pelancaran Projek Fertigasi Cili Dalam Bandar di Seksyen 18, Shah Alam (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 14 MAC: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggalakkan masyarakat di negeri itu memanfaatkan tanah lapang dengan tanaman menggunakan kaedah fertigasi.

Beliau berkata langkah itu dapat membantu mengurangkan import makanan dan jimatkan perbelanjaan makanan asas.

“Usaha Persatuan Belia Tani Batu Tiga ini wajar dicontohi apabila mereka sanggup menyewa tanah lebih 1.21 hektar untuk membuat projek fertigasi.

Advertisement

“Saya difahamkan fasa pertama sebanyak 2,000 pokok cili berjaya disemai dan akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa dengan pelbagai jenis tanaman,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Projek Fertigasi Cili Dalam Bandar di Seksyen 18, Shah Alam.

Tambahnya projek itu perlu pemantauan supaya penghasilan tanaman tidak berlaku lambakan pada masa akan datang.

Advertisement

“Perlu ada pengawalan tetapi buat masa ini kita usaha banyakkan dahulu hasil tanaman.

“Sudah sampai masa nanti kita aturkan untuk wujudkan pangkalan data supaya hasilnya tidak berlebihan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top