BM | EN | 中文

MB Selangor junjung kasih, bincang mulakan sidang dewan negeri

amiruddin-shari-sidang-dun-selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 17 JUN: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan berbincang dengan Speaker Dewan Negeri Selangor hari ini bagi merancang pembukaan sidang dewan itu secepat mungkin.

Amirudin Shari berkata hasil perbincangan akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk perkenan pelaksanaan sidang itu.

Beliau menyifatkan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dapat mempertahankan keluhuran sistem demokrasi berperlembagaan supaya proses semak dan imbang cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman dapat dilaksanakan secara berterusan.

Advertisement

“Titah baginda selaras aspirasi rakyat agar usaha menangani Covid-19 dapat dinilai dan dibahas penambahbaikannya di samping memelihara keluhuran Perlembagaan Persekutuan,” katanya, lapor SelangorKini.

Amirudin berkata titah itu jelas melambangkan keprihatinan dan kepedulian Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu terhadap nyawa dan kehidupan rakyat.

Semalam Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin selepas mempengerusi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

Advertisement

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata di peringkat negeri Raja-Raja Pemerintah juga berpendirian agar Dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top