BM | EN | 中文

MB Selangor harap MKN pertimbang cadangan PKPB

Amirudin_Shari_MB_Selangor.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Advertisement

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan Selangor mengharapkan beberapa pendekatan dicadang berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor bermula esok dipertimbangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata cadangan bukan diputuskan pihaknya sahaja sebaliknya berdasarkan maklumat serta nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri serta polis.

“Kita bagi cadangan mengikut saluran betul. Jika mereka (kerajaan) rasa tak perlu, kita terima. Ia sudah dihantar dan kita tunggu keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

“Kita harap hal dibangkitkan ini dibawa ke mesyuarat MKN. Bagaimanapun kuasa (memutuskan) di bawah Kerajaan Pusat jadi kita serahkan kepada mereka untuk membuat penilaian,” katanya, lapor Media Selangor.

Beliau berkata pelaksanaan PKPB seluruh Selangor termasuk kawasan zon hijau memberi kesan besar kepada penduduk negeri ini.

“Jika sektor ekonomi dibenarkan tetapi pusat jagaan, taska ditutup..ramai terpaksa cuti kerana anak tiada penjaga,” katanya.

Advertisement

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB seluruh negeri ini bermula esok hingga 27 Oktober ekoran peningkatan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Amirudin akan menghantar cadangan balas kepada MKN dengan segera susulan beberapa kawasan masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top