BM | EN | 中文

MB perlu segera tetapkan tarikh mesyuarat – PKR Johor

jimmy-puah-PKR-Johor-Adun-Bukit-Batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan kerajaan negeri perlu segera menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat sepertimana dititahkan DYMM Sultan Johor.

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse berkata, selaku Adun Johor dan bangsa Johor, beliau bersetuju agar suatu mesyuarat diadakan bagi penyelesaian penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

“Patik menjunjung kasih Kebawah Sultan Johor atas pandangan yang dizahirkan pada hari ini.

Advertisement

“Satu mesyuarat antara ahli parlimen dan Adun Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar perlu diadakan sebagai salah satu usaha mengumpul pandangan dan buah fikiran bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

“Ini adalah satu titah yang baik, bijak dan bersesuaian dengan keadaan kritikal sekarang.

“Justeru itu, Menteri Besar dan kerajaan negeri perlu segera menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat sepertimana yang telah dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor,” kata Jimmy dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah Jimmy, kebijaksanaan serta kearifan Sultan Johor dalam hal akan dapat mengawal penularan pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan dan pantas.

“Semoga Tuhan terus mengurniakan kesihatan serta afiat buat Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor,” kata Jimmy yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar semua ahli parlimen dan Adun Johor mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penularan wabak Covid-19 dan kesannya kepada penduduk negeri ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top