BM | EN | 中文

MB pelawa OKU di Selangor layak syarat mohon bantuan RM500

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Gambar Ehsan Mukhriz Hazim)

Advertisement

SHAH ALAM, 12 JULAI: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempelawa golongan orang kelainan upaya (OKU) di negeri ini yang layak untuk memohon bantuan RM500 yang dibuka sejak 1 Julai lalu.

Amirudin berkata sebanyak RM600,000 telah diperuntuk kerajaan Selangor dengan permohonan itu dibuka sehingga 31 Julai ini.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM600 ribu dalam Pakej Kita Selangor 2.0 sebagai bantuan bagi golongan OKU menempuhi cabaran Covid-19,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Maklumat berkaitan bantuan tersebut boleh diperolehi lanjut di www.anisselangor.com/bantuanOKU.

Terdahulu pada 8 Julai, Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima sebanyak 4,264 permohonan insentif sekali bayar RM500 yang dikhususkan kepada OKU.

Pengurus Besarnya Gan Pei Nei berkata permohonan mulai 1 Julai melepasi sasaran 1,200 orang dan akan diproses untuk diagihkan kepada individu yang layak.

Advertisement

Katanya Yawas akan mohon peruntukan tambahan kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan jika ada keperluan.

Syarat kelayakan termasuk warganegara, berusia 18 tahun ke atas dan pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top