BM | EN | 中文

MB LETAK JAWATAN DAKWAAN KARUT

solihan-badri-tenang.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menafikan dakwaan Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal bakal meletakkan jawatannya dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu tindakan “jahat dan tidak perlu dilayan”.

Setiausahanya Mohd Salihan Badri berkata dakwaan tersebut langsung tidak berasas dan sengaja dicipta pihak pembangkang.

Beliau turut menambah bahawa sokongan terhadap Dr Sahruddin amat kukuh dikalangan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Advertisement

“Dr Sahruddin telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan gigih dan penuh integriti manakala sokongan Exco sama ada dari Bersatu atau dari komponen Pakatan Harapan begitu baik,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Solihan berkata kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan Dr Sharuddin telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan memberikan keutamaan kepada rakyat dalam setiap perancangan yang dijalankan.

Advertisement

Pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Johor juga menerima kerjasama yang baik dari agensi-agensi di peringkat negeri dan juga pusat, termasuk dalam menangani isu pencemaran di Pasir Gudang.

Adun Tenang tersebut juga menempelek sikap pembangkang yang menangguk di air keruh dan acapkali berpolitik dalam setiap isu berbangkit, walaupun ia berpunca dari kealpaaan mereka sendiri selama enam dekad memerintah negara.

Solihan turut berkata Pakatan Harapan, terutamanya Bersatu tidak akan sekali-kali memberi ruang kepada barisan pembangkang yang memainkan sentimen rakyat menentang kerajaan dengan menggunakan isu-isu terpencil.

Advertisement

Dr Sahruddin sendiri turut menafikan dakwaan beliau akan meletakkan jawatan sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu khabar angin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top