BM | EN | 中文

MB Kedah, Timbalan MB Kelantan infa’ harta peribadi untuk tabung Palestin

mb-kedah-tmb-kelantan.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah menginfa’kan harta peribadi mereka untuk tabung Palestin.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendermakan kereta Volvo miliknya untuk tabung Palestin untuk dilelong kepada pembida tertinggi.

“Kereta ini saja yang dah selesai hutang bank. Sayang sangat kat kereta ni tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

Advertisement

“Saya beli kereta ni tahun 2018 dengan harga RM60,000. Pendek kata, kondisi kereta ni tip-top. Tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi,” katanya pada hantaran di Facebook semalam.

“Sesiapa yang berminat boleh pm inbox. Bidaan ini dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada 18 Mei 2021 jam 3 petang.

“Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini,” jelasnya lagi.

Advertisement

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berhasrat melelong beberapa bilah koleksi kerisnya untuk tujuan amal dana Palestin.

“Antaranya ialah sebilah Keris Melela Lok 5 hasil tukang Kelantan (Arwah Stopa), bertatah perak, lok cun, hulu pipit teleng, serta gelang dan kasut putih.

“Seratus peratus hasil lelongan ini akan didermakan kepada #Aid4Palestine. Insya Allah. Semoga dipermudahkan,” katanya pada hantaran di media sosial malam tadi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top