BM | EN | 中文

MB JOHOR ZIARAH PENGERUSI MPKK KAMPUNG PAYA REDAN

IMG-20191207-WA0014.jpg

MUAR, 7 DIS: Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal meluangkan masa menziarah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Paya Redan, Muhamad Omar yang terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.

Muhamad, 64, dilaporkan terjatuh daripada motosikal ditunggangnya selepas cuba mengelak suatu objek yang tidak dikenalpasti.

Akibat kemalangan itu, Muhamad yang telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung selama lebih 10 tahun mengalami kecederaan patah tulang rusuk selain motosikal miliknya rosak.

Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan menuju sebuah program berkhatan yang diadakan di kampung berkenaan.

Muhamad kini sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Fatimah dekat sini dan dalam keadaan stabil.

Dalam kunjungan itu, Dr Sahruddin turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah motosikal baharu selain sumbangan kewangan secara peribadi.

Turut hadir menziarah, Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong, Ikhsan Ahmad dan Penghulu Mukim Jorak, Ishak Khalil.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top