BM | EN | 中文

MB Johor tinjau Observatori Negara Langkawi, untuk idea projek balai cerap Pontian

MB-Johor-tinjau-Observatori-Negara-Langkawi-untuk-idea-projek-balai-cerap-Pontian.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

LANGKAWI, 25 OKT: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berpeluang melawat Observatori Negara Langkawi (ONL) di Kedah ketika sesi lawatan rasmi kerja beliau ke pulau itu semalam.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di sini, delegasi beliau dan kerajaan negeri Johor itu disambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

“Dalam lawatan berkenaan, rombongan itu diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah sebelum dibawa meninjau keadaan fasiliti di premis cerap tersebut,” katanya, lapor Utusan Online.

Advertisement

ONL yang mula dibina kerajaan pada 2005 lalu sebelum siap setahun kemudian itu memiliki dua buah observatorium dan dilengkapi sistem teleskop robot dengan tiga jenis cara kawalan, malah boleh dikendali melalui internet yang memudahkan saintis astronomi menjalankan penyelidikan pencerapan sains angkasa dari jauh tanpa perlu hadir secara fizikal di premis ini.

Difahamkan, kedatangan Hasni turut bermatlamat bagi mencari idea terbaik untuk projek pembinaan Pusat Astronomi Baitul Hilal yang bakal dibina di Pontian dengan nilai kos RM15 juta.

Cadangan tersebut diumumkan beliau sendiri ketika merasmikan penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Johor di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru pada 8 April lalu.

Advertisement

Balai cerap termoden di rantau Asia Tenggara yang bertaraf antarabangsa itu katanya, bagi menggantikan peranan tempat cerap sedia ada dari aras bumbung Pejabat Daerah Pontian.

Pusat astronomi itu akan dibina berhampiran yang menghadap arah Selat Melaka dan juga lokasi tunggal di Johor sejak merdeka bagi melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

Selain ONL, terdapat balai cerap moden di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Sabah manakala Sarawak masih dalam proses pembinaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top