BM | EN | 中文

MB Johor tiada halangan Adun pembangkang sertai mesyuarat j’kuasa tindakan daerah – PH Johor

johor-kota-iskandar.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 6 DIS: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dikatakan tiada halangan kepada Adun pembangkang di negeri ini untuk menyertai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah,

Pakatan Harapan (PH) Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, kerajaan negeri Johor juga bersetuju bagi penubuhan jawatankuasa pilihan dan perkara itu akan dibawa ke peringkat seterusnya untuk proses lanjut.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Aminolhuda Hassan, Pengerusi Amanah Johor yang juga Adun Parit Yaani, Jimmy Puah Wee Tse, Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor (Adun Bukit Batu) dan Tan Hong Pin, Setiausaha DAP Johor (Adun Skudai).

Advertisement

Terdahulu sebelum ini PH Johor telah bertemu Menteri Besar Johor untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan langkah mengatasi masalah yang menimpa rakyat negeri ini susulan pandemik Covid-19.

“Seperti dimaklumkan menerusi ucapan belanjawan 2021, sejumlah RM150 ribu telah diperuntukkan untuk ADUN-ADUN pembangkang dan ditambah RM50,000 secara ‘one-off’ menerusi ucapan penggulungannya.

“PH Johor percaya, saat kita berhadapan wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan penjajaran politik, Johor telah mencari hikmah mengukuhkan demokrasi demi kepentingan rakyat.

Advertisement

“Lebih menarik, kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang turut merupakan Adun Gambir tidak bertindak sepertimana kerajaan Johor dalam hal ehwal pengukuhan institusi demokrasi yang inklusif,” menurut kenyataan itu.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top