BM | EN | 中文

MB Johor petik kata-kata bestari Bung Karno

IMG-20200203-WA0002.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal hari sempat memetik kata-kata bestari daripada Presiden pertama republik Indonesia, Ir Sukarno.

Dalam ucapannya pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2020 di Pusat Konvensyen Persada Johor semalam, Dr Sahruddin berkata, iltizam dan semangat para penjawat awam di negeri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka akan memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.

“Suka untuk saya memetik kata-kata Presiden pertama republik Indonesia, Sukarno.

Advertisement

“Jika kita memiliki keinginan yang kuat dari dalam hati, maka seluruh alam semesta akan bahu-membahu mewujudkannya,” katanya.

Sukarno adalah pemimpin yang membebaskan Indonesia dari kolonial Belanda memperkenalkan ideologi ‘Marhaenisme’ yang menentang penindasan oleh manusia atas manusia, ditujukan kepada golongan rakyat kecil bawahan seperti petani dan buruh yang hidupnya selalu dalam kesusahan.

Sementara itu kata Dr Sahruddin, berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sehingga September 2019, Johor telah menerima nilai kelulusan projek sebanyak RM7.7 bilion.

Advertisement

“Nilai ini bersamaan 13.4 peratus daripada nilai kelulusan projek perkilangan di peringkat nasional di mana 51 peratus disumbangkan menerusi pelaburan asing.

“Ini menunjukkan keyakinan berterusan pelabur terhadap asas ekonomi negara termasuk negeri Johor.

“Semua ini tidak membuatkan kita mendabik dada, sebaliknya menjadikan kita lebih bersungguh-sungguh menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi di peringkat nasional dan serantau,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau berkata, tahun 2020 yang merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) adalah serentak dengan Rancangan Johor Lima Tahun (RJLT) bagi fasa pertama.

Justeru itu kata beliau, kerajaan negeri telah merangka strategi untuk meneruskan pembangunan yang bermakna kepada rakyat Johor.

Antara segmen yang diberi tumpuan termasuk ialah bagi menangani kos sara hidup, memperkasa kualiti pendidikan, menambah peluang kerja, menambahbaik urustadbir, mengurus alam sekitar secara lestari dan menambah infrastruktur prasarana awam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top