BM | EN | 中文

MB JOHOR: MANFAATKAN TANAH DIMILIKI, KEKALKAN MANFAAT YANG DIRAIH

sahruddin-jamal.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 23 SEPT: Penerima bertuah yang dianugerahkan hak milik tanah dari kerajaan negeri diharapkan dapat menghargainya sebaik mungkin dan tidak menjualnya semula demi keuntungan segera.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, tanah merupakan aset yang bernilai tinggi, malah akan terus meningkat nilainya yang boleh diwarisi kepada generasi seterusnya.

”Kadang-kadang orang kita ada yang alpa, terlupa jerit-perih selama 20 tahun bagi mendapatkan tanah ini.

Advertisement

Sahruddin ketika berucap

“Tanah ini jika diwarisi kepada anak-anak dan terus diusahakan, amal pada tanah itu dapat kita teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Perasmian Penyampaian Hak Milik Tanah kepada 512 penerima dari tiga buah kampung.

Ia melibatkan Kampung Haji Hamzah, Kampung Paya Haji Basri dan Kampung Sumber Jaya, sempena lawatan kerjanya di Daerah Kluang, yang berlangsung di Dewan Raya Kampung Parit Hassan, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Bukit Kepong, berkata, tanah yang dimiliki ini sewajarnya dikekalkan manfaatnya yang sememangnya akan berlipat ganda di masa depan.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri pimpinannya akan sentiasa berusaha untuk memastikan urusan hak milik tanah di Johor diuruskan dengan cara yang terbaik demi kebaikan dan manfaat semua pihak.

“Malah majlis hari ini juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Johor tidak membuat janji-janji kosong, tetapi membuktikannya dengan tindakan.

Advertisement

“Justeru, sebagai rakyat yang mendapat faedah dan manfaat secara langsung daripada segala inisiatif dan dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, terus berikan sokongan yang padu kepada kerajaan demi memastikan kelangsungan pembangunan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah serta halangan,” katanya lagi.

Dalam majlis hari ini seramai 167 penerima hak tanah dikurniakan kepada penduduk Kampung Haji Hamzah, melibatkan seluas 182 hektar tanah. Manakala Kampung Paya Haji Basri pula, sebanyak 260 penerima melibatkan keluasan 635.96 hektar dan 85 penerima dari Kampung Sumber Jaya, yang melibatkan tanah seluas 59.52 hektar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top