BM | EN | 中文

MB Johor mahu semua PBT bantu rakyat

Hasni-Mohammad-MB-Johor.jpg

JOHOR BAHRU, 6 SEPT: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 termasuk memberi ruang mereka berniaga.

Beliau berharap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) boleh memulakan usaha dengan mengambil apa juga langkah untuk membantu golongan yang kehilangan pekerjaan tersebut menyara kehidupan keluarga.

“Saya mengharapkan agar MBJB mengambil apa juga langkah yang boleh, kita bantulah. Bukanlah saya kata kita benarkan sesiapa pun berniaga sehingga bandar raya ini terus tunggang-langgang.

“Tidak, tetapi kita perlu mengambil langkah-langkah yang luar daripada kebiasaan.

“Kalau boleh kita mudahkan lebih banyak lagi program-program foodtruck yang boleh libatkan lebih ramai lagi orang mencari ruang dan peluang untuk menyara hidup mereka.

“Saya tidak mengatakan bahawa jangan buat penguatkuasaan, tetapi guna kaedah yang baharu. Tunjukkan keprihatinan atau pun rasa simpati kita kepada masyarakat dalam semua sektor yang ada di luar sana,” katanya, lapor laman Makmur Johor.

Beliau berkata demikian semasa melawat bangunan pejabat baharu MBJB, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil dan Datuk Bandar Johor Bahru, Adib Azhari Daud.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top