BM | EN | 中文

MB JOHOR KE MESIR DAN JORDAN ATAS TUGASAN RASMI – MOHD SOLIHAN

solihan-banjir.jpg

Mohd Solihan turut membuat lawatan di PPS Kota Tinggi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri menegaskan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sharuddin Jamal yang kini berada Mesir dan Jordan merupakan atas tugas rasmi kerajaan.

Ini berikutan terdapat kenyataan mengatakan Menteri Besar Johor itu hilang tumpuan dari tugasnya dan berada di luar negara ketika negeri ini sedang menghadapi bencana banjir.

Menurut Solihan yang juga merupakan Setiausaha Bersatu Negeri Johor, Dr Sahruddin ke negara Timur Tengah itu bagi menjalinkan persefahaman dan menandatangani perjanjian (MoU) dengan Universiti Al Azhar.

Advertisement

“Persefahaman ini bagi membolehkan pelajar Islam aliran Arab untuk mengikuti pelajaran selama setahun di Johor sebelum dihantar ke Mesir.

“Inisiatif ini suatu yang baik bagi kemudahan pelajar negeri Johor untuk melanjutkan pelajaran ke university berkenaan,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsikan kepada media, di sini, hari ini.

Justeru, ADUN Tenang memberitahu, tidak seharusnya timbul isu pemimpin berkenaan ke luar negara sedangkan Johor sedang ditimpa bencana banjir.

Advertisement

“Exco dan agensi yang terlibat telah menjalankan gerak kerja dengan baik dan lancar.

“Berhadapan dengan banjir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon telah diberi tugas dan mengendalikan Pusat Kawalan Operasi Bencana Johor.

“Setakat ini keadaan dilaporkan baik dan kami belum menerima aduan mengenai masalah pengurusan bencana ini.

Advertisement

“Saya sendiri telah pergi meninjau beberapa Pusat Pemindahan Sementara di Kota Tinggi, Segamat dan Mersing, ada antaranya dibuka semula dan ditambahbaikan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top