BM | EN | 中文

MB Johor harap kehadiran penguatkuasa PBT tak ditakuti, sebaliiknya dialu-alukan

Hasni-Mohammad-MB-Johor-1.jpg

JOHOR BAHRU, 7 SEPT: Menteri Besa Johor, Datuk Hasni Mohammad berharap kehadiran pegawai dan anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menakutkan masyarakat, sebaliknya sentiasa dialu-alukan.

Katanya semua PBT di negeri Johor diharap dapat membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 termasuk memberi ruang mereka berniaga.

“Kali ini kalau boleh kenderaan penguat kuasa datang sahaja, semua orang datang bertumpu di kenderaan tersebut kerana itu adalah bantuan untuk meringankan beban mereka, bukan hendak menakut-nakutkan orang.

“Contohnya dalam keadaan ekonomi yang sukar ketika kita menghadapi pandemik COVID-19, PBT tampil dengan usaha-usaha membantu warganya sebagai contoh, untuk berniaga.

“Tiada perniagaan yang senang pada waktu ini.

“Pertemuan saya dengan Perdana Menteri pun beberapa kali beliau mengingatkan saya bahawa rakyat susah di bawah, rakyat perlukan tindakan segera. Tidak boleh keadaan seperti biasa,” katanya, lapor laman Makmur Johor.

Beliau berkata demikian semasa melawat bangunan pejabat baharu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini semalam.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top