BM | EN | 中文

MB Johor galak program CSR, bantu golongan memerlukan

mbj.jpg

Dr Sahruddin ketika hadir Program Back To School Dan Penyampaian Bantuan Banjir Dun Bukit Kepong & Bukit Pasir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, hari ini

Advertisement

MUAR, 28 DIS : Kerajaan negeri Johor menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan pelaksanaan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, program CSR merupakan langkah terpuji kerana membantu golongan yang memerlukan, terutamanya kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negeri Johor, baru-baru ini.

Antaranya kata Dr Sahruddin melalui bantuan persekolahan, dan para pelajar dapat menyediakan keperluan mereka sekali gus meringankan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Advertisement

“Saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan lagi pelaksanaan program berbentuk CSR yang dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan pada masa hadapan,” kata Sahruddin.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ‘Back To School’ dan Penyampaian Bantuan Banjir Dun Bukit Kepong & Bukit Pasir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, hari ini.

Kata Dr Sahruddin, kerajaan bekerjasama dengan pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan menyediakan bantuan berupa set keperluan sekolah bagi menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan.

Advertisement

“Kerajaan sedar persiapan ibu bapa untuk anak-anak memulakan musim persekolahan memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Situasi ini sekali gus memberikan cabaran terutama kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan atau anak bersekolah yang ramai.

“Bagi meringankan beban kewangan dihadapi keluarga yang memerlukan ini, kerajaan dengan kerjasama pelbagai termasuklah syarikat berkaitan kerajaan telah menyediakan set keperluan persekolahan,” kata Dr Sahruddin.

Advertisement

Pada majlis tersebut, seramai 400 penerima terdiri daripada pelajar sekolah di Dun Bukit Kepong dan Bukit Pasir menerima set keperluan persekolahan berupa beg, baju, seluar, kasut dan stokin pada majlis itu.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang menjayakan program dan penyampaian bantuan banjir yang dianjurkan Pejabat Penyelaras Dun Bukit Pasir dan Pejabat Adun Bukit Kepong itu.

“Tidak dilupakan, ucapan penghargaan buat para penyumbang iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan negeri, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Sdn Bhd dan Leong Hup Holdings di atas sumbangan diberikan sempena program dianjurkan ini.

Advertisement

“Semoga segala usaha kita dalam membantu dan membela nasib pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan ini dapat menggembirakan mereka bagi menghadapi sesi persekolahan baharu pada tahun 2020,” kata Sahruddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top