BM | EN | 中文

“MB Johor gagal kerana Exco tak sama bekerja, disyaki wujud unsur boikot”

Dr-Ir-Hasni-Mohammad.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (Gambar Fail)

Advertisement

SEGAMAT, 24 OKT: Kelemahan Menteri Besar (MB) Johor, Dato Hasni Mohamad mentadbir negeri ini boleh dilihat dengan faktor paling ketara iaitu kegagalannya menguruskan barisan Exco.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah berkata, Hasni dilihat bersendirian dan perkara jelas mencerminkan kegagalannya.

“Kegagalan bukan hanya pada Hasni namun merujuk kepada keseluruhan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor.

Advertisement

“Hari dapat dilihat bagaimana Hasni seperti bersendirian dalam mengendalikan negeri ini. Exco lain dilihat tidak bergerak.

“Kalau yang ada pun hanya dua tiga pemimpin sahaja yang mahu memberikan khidmat dengan baik.

“Hasni boleh dikatakan gagal dalam menguruskan barisan Exco sehingga beliau terpaksa berkerja sendirian bukan bersama satu pasukan,” kata Asim ketika dihubungi.

Advertisement

Ketika ditanya sama ada kebarangkalian berlaku kurang persefahaman antara Hasni dengan Exco, Asim berkata faktor itu menyebabkan pentadbiran Hasni hari ini dilihat sangat lemah dalam menguruskan isu rakyat di negeri ini.

“Dikatakan terdapat program pengambilan anak muda atau mereka yang telah hilang punca pendapatan.

“Tetapi lihat sendiri sejauh mana perkara itu memberi kesan kepada rakyat.

Advertisement

“Ini menunjukkan bahawa kerapuhan dalam pentadbiran Hasni sehingga terdapat sumber-sumber yang mendakwa boikot dari pasukannya sedang berlaku.

“Saya yakin Hasni kurang senang dengan keadaan ini dan disebabkan itu apa sahaja dasar pastinya tidak akan sampai kepada rakyat kerana berlakunya boikot sedemikian,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top