BM | EN | 中文

MB Johor, Exco sumbang tiga bulan gaji ke Tabung Bencana Negeri

hasni-mohammad.jpg

Hasni Mohammad

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 3 JUN: Menteri Besar (MB) dan Exco kerajaan Johor bersetuju untuk menyumbangkan tiga bulan gaji ke dalam Tabung Bencana Negeri.

Menurut kenyataan dikeluarkan MB Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata sumbangan bagi gaji bulan Jun hingga Ogos 2021 ini akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan tahap kesihatan awam negeri ini dalam mendepani dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

“Untuk makluman, sejak ditubuhkan pada tahun lalu ekoran penularan COVID-19, Tabung Bencana Negeri Johor sudah menerima sebanyak RM44.83 juta sumbangan dalam bentuk wang tunai dan peralatan daripada pelbagai pihak.

Advertisement

“Hingga kini, sebanyak RM41.65 juta sumbangan sudah digunakan untuk manfaat rakyat.

“Bagi menambah dana dan meningkatkan kapasiti kesihatan awam di negeri ini, saya ingin mengajak semua ahli Yang Berhormat di Johor untuk bersama-sama menyumbang sebahagian daripada elaun diterima masing-masing ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor untuk membantu rakyat.

“Saya juga ingin menyeru pihak swasta, korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang prihatin untuk menyumbang ke dalam tabung berkenaan bagi membantu dan memberi manfaat kepada Iebih ramai pihak yang memerlukan,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu Hasni turut menasihati rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk melindungi sesama kita dan kita mesiti menang dalam perperangan melawan COVID-19 ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top