BM | EN | 中文

MB JOHOR- ‘DAPAT TANAH JANGAN DIJUAL”

Dr-Sahruddin-ketika-berucap.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 14 OKT: Pemohon tanah Kampung Sentosa, disini yang menerima notis borang 5A diingatkan supaya tidak menjual tanah yang diluluskan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan segera.

Sebaliknya, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengingatkan penduduk untuk mewariskan tanah kepada anak cucu, ataupun memanfatkannya melalui kegiatan ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan berkekalan.

“Orang kita ini kalau dah dapat tanah, dia ‘kelalen’ (lupa) macam mana susahnya dia nak dapat tanah itu. Jika digunakan tanah itu sebaik mungkin Insya-ALLAH, seperti amalan yang kekal, kalau anak cucu tinggal disitu, pahalanya sampai bila-bila.

Advertisement

Penerima notis 5A bergambar bersama

“Bila ada orang nak beli, dah dijualnya pula. Apa lagi di Pasir Gudang ini harga tanahnya mahal-mahal. Kalau harganya RM200,000. RM300,000, memang sampai ke situ sahajalah (nasib kita),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan notis 5A kepada penduduk padang Kampung Sentosa, di sini, semalam.

Adun Bukit Kepong itu memberitahu, selepas kira-kira 40 tahun bermastautin sudah tentu sepanjang tempoh tersebut penduduk Kampung Sentosa berasa risau kerana tiada jaminan permohonan tanah yang diduduki masih belum diluluskan.

Advertisement

“Tetapi hari ini tak perlu risau. Sebagai sebuah kerajaan yang bertangungjawab dan peka terhadap keperluan rakyat maka hari ini saya akan menyampaikan notis 5A.

“Cukai jangan lupa dibayar. Itu merupakan tanggungjawab pemohon. Jangan semua diserahkan kepada kerajaan. Kebersamaan dan kerjasama pemohon dengan kerajaan, barulah kita boleh bermuafakat,” katanya.

Semalam, Dr Sahruddin menyerahkan notis 5A kepada 162 pemohon dari Kampung Sentosa bagi kelulusan tanah seluas kira-kira 39.4 ekar yang terletak dalam mukim Plentong.

Advertisement

16 pemohon adalah dari Kampung Sentosa Persiaran 1, Kampung Sentosa Persiaran 2 ( 37 pemohon), Kampung Sentosa Persiaran 3 (21 pemohon), Kampung Sentosa Barat (34 pemohon) dan Kampung Sentosa Damai (54 pemohon).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top