BM | EN | 中文

MB Johor bincang dengan Singapura isu rentas sempadan, kata PM

ismail-sabri-hasni-mohammad.jpg

Gambar Hiasan / Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berbincang dengan Singapura berhubung pergerakan rentas sempadan terutama bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik ke negara jiran itu kerana bekerja.

“Yang penting (berkenaan) perjalanan harian kerana melibatkan beratus ribu sedangkan Singapura masih tidak buka (sempadan untuk tujuan itu).

“Pekerja (rakyat Malaysia) di sana ada yang duduk tidak balik (ke Malaysia) sebab perjalanan harian duduk di Johor Bahru tidak dibenarkan masuk sudah setahun lebih,” katanya semasa wawancara khas bersama editor kanan media di sini baru baru ini.

Advertisement

Belau berkata sebelum ini, Singapura tidak bersedia menerima kemasukan dari Malaysia memandangkan kes di Malaysia yang tinggi termasuk membatalkan Skim Laluan Hijau Timbal Balk (RGL) Malaysia-Singapura.

“Tetapi sekarang kita pun agak bimbang dengan kes di Singapura yang meningkat telah sampai 2,000 kes sehari. Tetapi kita masih akan teruskan perbincangan dengan Singapura (untuk pembukaan sempadan),” katanya.

Sebelum ini, Malaysia dan Singapura telah bersetuju melaksanakan rentas sempadan Malaysia dan Singapura di bawah skim RGL dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bermula 17 Ogos tahun lepas tetapi kemudian Singapura menangguhkan RGL sejak 1 Feb tahun ini manakala Malaysia mengambil tindakan serupa bermula 13 Mei lepas.

Advertisement

Mengenai perjalanan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara melepasi kadar 90 peratus, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dicapai tidak lama lagi dan beliau akan mengumumkannya bersama dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Sehingga 11.59 malam tadi, seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top