BM | EN | 中文

MB Johor berbasikal, santuni jiran tertangga

mb-basikal-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN : Jadual padat sebagai Menteri Besar Johor, tidak menghalang beliau menyantuni jiran tetangga bersama keluarganya yang tercinta.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Datuk Dr Sahruddin memberitahu, waktu terluang yang dimiliki selepas menjalankan aktiviti rutin sebagai wakil rakyat setiap kali pulang ke kawasan akan digunakan sebaiknya.

Adun Bukit Kepong itu berbasikal di sekitar kawasan taman perumahan bersama-sama dengan tiga puterinya, petang semalam.

Advertisement

“Selain berkayuh sebagai aktiviti riadah dengan anak-anak, ia menjadi platform kepada saya sekeluarga beramah mesra dengan jiran.

“Agama Islam mengajar dan menekankan betapa perlunya untuk kita berbuat baik terhadap jiran tetangga serta konsep keluarga Sakinah, Mawaddah dan Warrahmah.

“Kepada Allah Berserah. Muafakat itu berkat,” katanya menerusi perkongsian itu.

Advertisement

Dr Sahruddin juga memberitahu, beliau akan terus bekerja dan berkhidmat untuk rakyatnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top