BM | EN | 中文

MB Johor akui wujud “ketirisan” dalam pembalakan, kata Adun Senggarang

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

KOTA ISKANDAR, 2 DIS: Menteri Besar (MB) Johor, Dato Hasni Mohamad digambarkan mengakui bahawa terdapat ketirisan melalui projek pembalakan di negeri ini, menurut Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim

Beliau ketika dihubungi berkata, jawapan MB Johor itu seperti mengesahkan isu pembalakan yang berlaku di negeri ini.

Khairuddin dalam perbahasannya semalam terkejut dengan pembentangan Belanjawan Johor 2021 yang dirasakan bertentangan dengan apa yang diperolehi beliau.

Advertisement

“Semua rakyat beranggapan sumber pendapatan negeri Johor ini ditampung sebahagian besarnya melalui hasil-hasil bumi seperti kayu balak, pasir, batu-batuan dan lain-lain mineral.

“Hakikat sebenar yang berlaku sekarang tidak seperti yang kita tanggapi. Setelah saya membuat semakan ternyata saya dapati belanja emolumen dan penyelenggaraan Jabatan Perhutanan Negeri Johor lebih RM 17 juta sementara kutipan cukai hasil balak hanya sekitar RM 7 juta.

“Mengikut semakan laman web Jabatan Perhutanan, hasil hutan 2008 adalah RM 26 juta dengan kata lain Jabatan Hutan buka lagi penyumbang hasil kepada kerajaan negeri sebaliknya ia menjadi liabiliti atau bebanan kepada rakyat negeri ini yang terpaksa menampung RM 10 juta biaya pengurusan.

Advertisement

“Jadi ke mana pergi hasil-hasil kayu balak yang ditebang selama ini?” katanya dalam ucapan perbahasan beliau.

Beliau yang merupakan ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor turut mengakui bahawa sebelum ini beliau sudah berulang kali membangkitkan isu pembalakan tersebut.

“Berlaku ketirisan dalam keseluruhan proses pengeluaran hasil hutan iaitu bermula dengan proses pengurniaan sesuatu kawasan pembalakan, pengeluaran lesen, mengukur persempadanan, penebangan kayu, pembayaran cukai dan sebagainya.

Advertisement

“Pengurniaan kawasan pembalakan hanya terhad kepada golongan tertentu sahaja dan tidak dilakukan secara tender terbuka sebagai contoh di atas nama bumiputera, kerajaan memperuntukkan skim kurniaan kuota kepada kilang papan bumiputera di mana ia hanya sekadar penama sahaja.

“Saya sendiri telah membuat aduan kepada SPRM, tetapi tiada tindakan malah seolah-olah ada kesefahaman antara mereka sehingga aduan tersebut sepi berlalu begitu sahaja.

“Senario ini yang telah menyebabkan Jabatan Hutan bukan menjadi penyumbang hasil negeri Johor tetapi telah menjadi bebanan dengan menghisap wang pembayar cukai rakyat Johor,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top