BM | EN | 中文

MB Johor akui wujud kelemahan dalam pengagihan bantuan

Hasni_Mohammad.jpg
Advertisement

Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan wujud kelemahan dari segi penyampaian bantuan kepada golongan yang terkesan serta punca keadaan tersebut berlaku.

Perkara itu diakui sendiri Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu temubual di sebuah stesen radio tempatan dengan menyatakan masih terdapat golongan yang tersisih dari segi bantuan dari kerajaan.

Beliau menyatakan bahawa insentif yang dibuat oleh kerajaan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya perlaksanaan dari insentif tersebut gagal dijalankan dengan baik.

Advertisement

“Dengan 22 insentif yang awal melibatkan kos RM 30 juta dan kemudian ada lagi 10 atau 11 insentif yang saya umumkan, walau apa pun pengumuman insentif tetapi kalau perlaksanaannya tidak bersungguh-sungguh tidak mencapai sasaran ia merupakan insentif yang gagal.

“Jadi betul saya memberikan pemerhatian dan tumpuan supaya perlaksanaan insentif ini dibuat dengan sebaik mungkin.

“Saya berharap bahawa semua mereka yang memegang tanggungjawab ini sama ada mereka yang berada di pusat bencana di peringkat daerah-daerah seluruh negeri, mereka yang menjadi ketua pada masyarakat di kampung di desa, mereka kalau boleh ketepikan sentimen politik ini tak kira apa fahaman politik mereka tetapi memikul tugas sebaiknya.

Advertisement

“Saya tidak nafikan bahawa mungkin agak terlewat kita menyampaikan khidmat bantuan ini tetapi kita terus akan perbaiki,” jelasnya dalam temubual tersbeut.

Dalam pada itu, menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Dr Sulaiman Mohd Nor, kenyataan tersebut memberi gambaran seolah kerajaan Johor seperti dalam keadaan tidak bersedia untuk mendepani nasib rakyat di negeri ini.

Dr Sulaiman Mohd Nor

Menurut beliau, yang juga merupakan Adun Kemelah, kelemahan yang memasuki hari ke 20 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukanlah suatu perkara yang baik bagi rakyat Bangsa Johor.

Advertisement

“Keadaan kini memerlukan kerajaan perlu segera meningkatkan sistem penyampaian yang berkesan kepada rakyat khususnya golongan yang disasar”.

“Pengkalan data yang sentiasa dikemaskini perlu diwujudkan di setiap daerah serta penyelarasan yang baik antara semua agensi yang terlibat seperti penghulu sehingga ke ketua masyarakat dan ketua kampung. Ini bagi mengelak bantuan diberi secara bertindih sedangkan ada golongan yang tercicir dari menerima bantuan”.

“Bagi melebarluas keberkesanan penyampaian, kerajaan boleh melibatkan badan-badan NGO, persatuan dengan syarat mematuhi segala SOP berkaitan PKP. Mereka juga boleh dilibaturus menyediakan topeng buatan sendiri yang amat berkurangan masa kini”, tegasnya.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top