BM | EN | 中文

MB Johor ajak rakyat beri maklum balas Penyediaan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2030

mb-pelan-mampan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 FEB: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengajak seluruh rakyat Johor untuk bersama-sama memberi pandangan, cadangan serta idea berkaitan pembangunan negeri ini.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook Dr Sahruddin Jamal, beliau memberitahu, menerusi pelan pembangunan ini, kerajaan negeri telah menggariskan lapan teras utama.

“Ini bagi menjadikan Johor sebuah negeri berdaya saing dan membangunkan bangsa Johor ke arah pemikiran kelas pertama secara holistik,” katanya.

Advertisement

Borang kaji selidik boleh diakses di pautan
http://bit.do/KajiSelidikPPMJ
atau
scan QR Code di poster.

Tambah Dr Sahruddin lagi, maklum balas serta cadangan dari anda semua amatlah bermakna dan dihargai.

“Ayuh bangsa Johor, bersama menentukan hala tuju Johor sebagai Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top