BM | EN | 中文

MB dan barisan exco Johor masih kekal, gabungan di persekutuan jadi panduan

suhaizan-kayat-speaker-dun-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB: Menteri Besar dan barisan Exco Johor masih kekal memandangkan Perdana Menteri masih belum mengumumkan koalisi gabungan kabinet di persekutuan.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun terdapat ura-ura bahawa Perdana Menteri mahu membentuk kabinet kerajaan campuran, tetapi ia masih tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri.

Katanya, kabinet yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti bakal dijadikan panduan bagaimana gabungan pakatan politik di negeri dibentuk.

Advertisement

“Sehingga itu, kedudukan kerajaan negeri masih tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, ADUN Benut yang juga Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad memaklum beliau sudahpun mempunyai jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baharu di Johor dan bakal menghadap Sultan Johor.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top