BM | EN | 中文

MAZLAN NAFI DAKWAAN UGUT, BUAT LAPORAN POLIS

0FC4464B-61E1-4848-AFB7-19D83EC84BF3.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OGOS: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang bakal membuat laporan polis kerana difitnah setelah dituduh mengugut pentadbir negeri bagi membenarkan kilang disita di Pasir Gudang beroperasi semula.

Mazlan menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai satu permainan politik dari musuh.

“Isu ugutan terhadap pentadbir negeri merupakan satu fitnah jahat dan bertujuan untuk menimbulkan persepsi kurang baik masyarakat pimpinan Bersatu negeri,” jelas dalam satu kenyataan di Facebook Bersatu Johor.

Advertisement

Terdahulu, dakwan yang mengaitkan Mazlan dengan ugutan terhadap pegawai kerajaan tular di media sosial.

Mazlan dijangka membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Balai Polis Dato’ Onn pada jam 5 petang.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top