BM | EN | 中文

Mayat wanita warga emas ditemukan di tepi pantai dekat Stulang

Mayat-wanita-warga-emas-ditemukan-terdampar-di-tepi-pantai-di-Jalan-Sultan-Ibrahim-Stulang.jpeg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Mayat wanita warga emas ditemukan di tepi pantai di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Syuhaidy Fazli Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 11.27 pagi.

Beliau dilaporkan Sinar Harian berkata, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Advertisement

“Mangsa dikenali sebagai Tham Foong Seong@Ng Siew Leng, 74. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat pada jam 12.23 tengah hari,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top