MUAR, 11 JAN: Mayat seorang lelaki berusia 47 tahun ditemui di kawasan parit air, di Kampung Sawah Laku, Bukit Kepong di sini tengah hari semalam.
Pegawai Bomba Kanan II, Husaini Eddy Mustafa memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.32 tengah hari.
“Setibanya di lokasi, didapati mayat seorang lelaki tidak berpakaian dan hanya memakai seluar serta berkasut but kuning berada dalam parit air.
“Anggota bomba terus bertindak mengeluarkan mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Tambah beliau, mangsa kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Azmi Kassim, dan dia dilaporkan telah tidak pulang ke rumah beberapa hari oleh bapanya.
“Operasi itu kemudian ditamatkan pada jam 1.45 petang,” tambahnya.
Johorkini