BM | EN | 中文

Mayat pencari ketam yang hilang di Gelang Patah ditemukan

Mayat-pencari-ketam-yang-hilang-di-Gelang-Patah-ditemukan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MEI: Seorang lelaki yang hilang ketika mencari ketam sejak lima hari lepas ditemukan meninggal dunia di kawasan Sungai Senapang, Gelang Patah dekat Iskandar Puteri pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Khairi Zainudin berkata mangsa dikenali sebagai Zulkifli Amin, 56, ditemukan tersangkut di akar pokok bakau oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 9.40 pagi.

Beliau dilaporkan Bernama berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ditemukan Iebih kurang 550 meter ciari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan satu kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang, sebelum mayat mangsa dinaikkan ke darat di Jeti Cekur Manis, Gelang Patah.

Advertisement

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polls untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 11.32 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 23 Mei lepas, anak saudara kepada mangsa melaporkan kehilangan bapa saudaranya itu setelah didapati tidak pulang ke rumah selepas 48 jam keluar mencari ketam seorang diri dengan berjalan kaki.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top