BM | EN | 中文

Mayat pemuda dan bapa hilang ketika cari kepah di Muar ditemui

Mayat-pemuda-lemas-ketika-cari-kepah-bersama-bapa-ditemukan.jpg
Advertisement

MUAR, 22 SEPT: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang bersama bapanya ketika mencari kepah di kawasan persisiran pantai Tanjung Emas dekat Muar dua hari lepas (19 Sept), ditemukan semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPB) Mohd Jefri Jamal berkata mayat Muhamad Azman Zainal, 25, yang dipercayai lemas ditemukan pada pukul 9.30 pagi tadi, kira-kira 3.8 batu nautika daripada lokasi mangsa dijumpai.

“Lokasi mangsa dijumpai adalah di kawasan perairan Pantai Simpang Empat, Parit Haji Baki, lebih kurang dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Advertisement

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Polis Marin dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mayat bapa mangsa iaitu Zainal Jerman, 61, pula ditemukan pada pukul 3.25 petang kelmarin di perairan sama.

Pada Sabtu lepas, dua beranak itu dikatakan turun ke kawasan persisiran pantai Tanjung Emas bersama dua lagi rakan menggunakan sebuah bot untuk mencari kepah di laut.

Advertisement

Bagaimanapun, ketika berada di laut, Zainal dilaporkan terjatuh daripada bot, menyebabkan anaknya terjun ke laut untuk menyelamatkan bapanya, sebelum mereka tidak kelihatan manakala dua lagi rakan terselamat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top