BM | EN | 中文

Mayat pelajar mangsa banjir di Kampung Bentong, Kluang ditemui

Mayat-pelajar-USIM-mangsa-banjir-di-Kluang-ditemukan.png
Advertisement

KLUANG, 5 JAN: Seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dilaporkan hilang kelmarin, Ikmal Hakimi Mahasan, ditemukan mati di Kampung Bentong, di sini, tengah hari semalam.

Mangsa merupakan korban kedua banjir di Johor yang sebelum ini meragut nyawa seorang wanita tempatan Halijah Majid, 59, yang ditemukan lemas Sabtu lepas setelah terjatuh ke dalam sebuah longkang dipenuhi air sedalam dua meter di Jalan Setia, Kampung Contoh dekat Kluang, Johor.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata mayat pelajar berusia 20 tahun itu ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dia terjatuh, kira-kira pukul 12.20 tengah hari selepas dipercayai dihanyutkan arus deras dari sungai berhampiran.

Advertisement

Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari kediamannya, di Taman Suria, untuk ke rumah kenalannya di USIM dikenali sebagai “Amir” yang tinggal di Kampung Bentong.

“Bapa kepada mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, dihubungi seorang lagi rakan anaknya yang dikenali sebagai Syafikh, pada pukul 11 pagi (3 Jan), yang menyatakan dia telah ke kediamannya di Taman Suria pada pukul 2 pagi (3 Jan), tetapi tiada orang.

Dia juga cuba menghubungi mangsa tetapi panggilan tidak aktif, selain kereta Perodua Axia juga tiada di kawasan rumah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Kata Low, menurut kenyataan diberikan rakan mangsa (Syafikh), arwah sepatutnya telah tiba ke rumah Amir dengan menggunakan Jalan Kampung Melayu Nyior setelah Jalan Kampung Bentong dinaiki air.

Katanya, mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama di USIM itu kemudiannya cuba menghubungi ayahnya, tetapi gagal.

“Mayat mangsa kemudiannya ditemukan semalam kemudiannya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top