BM | EN | 中文

Mayat orang asli hilang ketika cari ketam ditemui terapung di Sungai Karang

Mayat-orang-asli-hilang-cari-ketam-ditemukan-terapung-di-Sungai-Karang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 9 JAN: Mayat seorang lelaki Orang Asli daripada Suku Seletar dijumpai dalam keadaan terapung di Sungai Karang semalam kira-kira dua kilometer daripada lokasi bot mangsa ditemukan sebelum ini.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, PgKB II Mohd Yunus Ibrahim berkata, mangsa iaitu Wang Nad, berusia dalam lingkungan 40-an dijumpai pada pukul 4 petang.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang ketika mencari ketam di hutan paya bakau di Sungai Boh berhampiran muara sungai Rabu lepas.

Advertisement

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan seramai 30 pegawai bomba termasuk Unit Anjing Pengesan (K9), Unit Penyelamat di Air dengan aset tiga bot, selain turut dibantu 20 bot nelayan kampung dan sebuah bot maritim.

“Walau bagaimanapun punca kematian mangsa tidak dapat dipastikan dan mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk dibedah siasat setelah dibawa ke jeti maritim pada 4.30 petang.

Mangsa juga dipercayai ada masalah kesihatan … semput, jadi tunggu laporan post mortem terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jeti Maritim semalam.

Advertisement

Mangsa dilaporkan keluar mencari ketam pada pukul 7.00 pagi, namun tidak pulang sehingga lewat petang.

Isteri Wang yang bimbang apabila suaminya tidak pulang sehingga lewat petang telah memaklumkan penduduk kampung, yang kemudiannya berusaha mencari, namun mereka hanya menemui bot suaminya sekitar kawasan hutan itu.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top