KOTA TINGGI, 17 DIS : Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Mawai di sini, malam tadi.
Difahamkan kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang tidak melihat kelibat wanita berbangsa Cina itu keluar dari rumah sejak dua hari lalu.
Jiran mangsa juga mendapati pintu rumah wanita terbabit berkunci ketika cuba mendapatkan kepastian tentang keadaan mangsa ketika itu.
Ekoran bimbang dengan keadaan wanita itu, jiran berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Jelasnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat mengalami sakit jantung.
JohorKini