BM | EN | 中文

MAYAT NORA ANNE DIBAWA KE KLIA

9AB249EC-6306-45CF-AB02-3F4B53091EEA.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang dijumpai mati di Seremban pada Selasa dituntut dari Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dituntut sekitar jam 12.42 pagi tadi, menurut laporan berita.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop yang dimaklumkan oleh pihak hospital.

“Difahamkan mayat akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” beliau dipetik sebagai berkata.

Advertisement

Gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort penginapan keluarganya pada 4 Ogos lalu.

Mohamad sebelum ini mengesahkan bahawa Nora Anne meninggal dunia akibat kebocoran usus akibat dari ketiadaan makanan dalam tempoh lama dan stress berpanjangan.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa, yang hilang selama 10 hari, meninggal dunia dua atau tiga hari sebelum ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya.

Advertisement

 

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top