BM | EN | 中文

Mayat lelaki maut jatuh pokok rambutan ditemui orang ramai

mayat-1-01-scaled.jpg

Mayat lelaki yang ditemui di bawah pokok rambutan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JAN : Satu mayat lelaki ditemui di bawah pokok rambutan dekat Jalan Abdul Samad, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kira-kira jam 11.21 pagi, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah menerima panggilan melalui MERS999 dari orang awam tentang penemuan mayat berkenaan.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan atau senjata yang melibatkan jenayah.

Advertisement

“Pemeriksaan kawasan sekitar menjumpai sebuah beg kain berisi buah rambutan dan sebilah sabit.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan kawasan dia dijumpai bersebelahan pencawang telekomunikasi dan sebuah tapak pembinaan pangsapuri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Shahurinain berkata, mangsa dipercayai telah jatuh dari pokok rambutan dan seliparnya dijumpai berada dibawah pangkal pokok tersebut.

Advertisement

“Kawasan tersebut merupakan tanah persendirian dan dipercayai mangsa telah menceroboh untuk mengambil buah rambutan.

“Sehingga kini, tiada unsur jenayah atau khianat didapati dalam kejadian ini dan siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya yang memberitahu bedah siasat dijalankan untuk mendapatkan punca kematian.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top