BM | EN | 中文

MAYAT LELAKI KEMBUNG PERUT DITEMUI TERSANGKUT DI POKOK BAKAU

lemas.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 DIS : Mayat seorang lelaki yang sudah kembung ditemukan tersangkut di pokok bakau dekat Sungai Permas berhampiran Jambatan Permas, di sini pagi, kelmarin.

Mayat itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan tempatan yang sedang mencari lokan sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Sufian Mohamed Lis berkata, tujuh anggota dan sebuah jentera dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 pagi.

Advertisement

“Mayat ditemui telah pun kembung dan dipercayai sudah lebih seminggu di dalam air.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.59 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Sufian berkata, mayat kemudiannya diserah kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Advertisement

Hasil siasatan mendapati mayat dipercayai seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 19 tahun.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top