MAYAT LELAKI DITEMUI DALAM SUNGAI KIM KIM
Lokasi dipercayai mayat lelaki berkenaan dijumpai.

MAYAT LELAKI DITEMUI DALAM SUNGAI KIM KIM

 

PASIR GUDANG, 8 NOV : Mayat seorang lelaki ditemui dalam Sungai Kim Kim berhampiran kolam pancing di Jalan Cermai Taman Kota Masai, Pasir Gudang, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mayat dipercayai lelaki berbangsa Cina dengan anggaran umur awal 40an dan  berketinggian kira-kira 170 cm serta berat badan 90 kg itu ditemui dalam keadaan hanya berseluar trek berwarna hitam.

“Pada jam 11.41 pagi pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam telah mendapat maklumat daripada orang awam menyatakan  telah ternampak satu objek dipercayai mayat manusia di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran Kolam Pancing  di Jalan Cermai Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

“Pihak polis segera ke tempat kejadian dan telah berjaya mengeluarkan mayat tersebut dari kawasan sungai berkenaan.

“Pemeriksaan awal pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mayat tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah,” katanya dalam satu kenyataan kepada JohorKini sebentar tadi.

Tambahnya, kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) juga tidak dapat dilihat kerana keadaan mayat sudah kembung dan kes diklasfikasi sebagai kematian mengejut.

Jelasnya, pihak polis memohon sekiranya ada orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau mempunyai saudara mara yang hilang boleh berhubung dengan IPD Seri Alam di talian 073864222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

JohorKini

 

 

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )