BM | EN | 中文

Mayat lelaki dikelar ditemukan di Majidee, Johor

garisan-polis-tangkapan-jenayah-bunuh.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 APR: Mayat seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan di hadapan sebuah rumah setinggan tidak bernombor di Kampung Desa Makmur, Majidee, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kejadian melibatkan mangsa berusia 20-an itu dimaklumkan kepada polis pada 8.25 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan turut menjumpai sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian

Advertisement

Tambahnya, buat masa ini, polis telah menahan isteri mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 30-an bagi membantu siasatan.

“Soal siasat lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca dan motif kejadian serta saksi-saksi bebas akan turut dikesan katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau turut berkata pihak hospital akan menjalankan bedah siasat esok untuk mengenal pasti punca kematian

Advertisement

Sehingga laporan bedah siasat itu diperoleh, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian hotline 07-2182323.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top