BM | EN | 中文

MAYAT DUA LELAKI INDONESIA DITEMUI DI PERAIRAN KOTA TINGGI

Malaysian_Maritime_Enforcement_Agency_apmm.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 OGOS: Dua mayat lelaki warga Indonesia ditemukan terapung oleh pekerja sebuah kapal kargo di perairan Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Batuan Tengah, dekat Kota Tinggi, pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid berkata kedua-dua mereka masing-masing dikenali sebagai Rivaldi S. Milandi, 22, dan Boby, 21.

Kedua-duanya berasal daripada Benkong, Batam, Indonesia dan bekerja dengan syarikat perkhidmatan bot laju.

Advertisement

“Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Malaysia (MRSC) Johor Bahru menerima makluman daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Tanjung Pinang, Indonesia pada 11.40 pagi bahawa sebuah kapal kargo KLM Mitra Sejati menemui dua mayat yang memakai jaket keselamatan di posisi lebih kurang empat batu nautika Barat Daya ABMB pada 11 pagi.

“Mereka dipercayai merupakan dua individu yang dilihat terapung di dalam air oleh petugas kapal Black Forest pada kedudukan 2.5 batu nautika perairan sama pada 8.40 pagi.

“Mayat kemudian dibawa ke pelabuhan Batam dan diserahkan kepada pihak Polair Polda Kepri (polis perairan), Indonesia untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamatkan dua individu terbabit telah ditamatkan oleh Maritim Malaysia pada 12.15 tengah hari namun akan diaktifkan semula jika pengesahan terhadap maklumat mayat tersebut menunjukkan fakta sebaliknya.

Pagi semalam, petugas sebuah kapal dagang melaporkan telah melihat kelibat dua individu terapung di perairan ABMB namun tidak dapat menyelamatkannya berikutan keadaan trafik di perairan itu yang sibuk dan tidak mengizinkan.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia menggerakkan pencarian di kawasan seluas 140 batu nautika persegi bermula dari perairan Tompok Utara, Batuan Tengah sehingga ke Tanjung Penyusup.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top