BM | EN | 中文

MAYAT DISYAKI PESERTA KAYAK WARGA SINGAPURA DITEMUI DI KEMAMAN

30BF5A08-C81A-4996-BA23-10EC504B90DC.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Mayat wanita lengkap berpakaian termasuk jaket keselamatan ditemui di Kemaman, Terengganu yang dipercayai merupakan salah seorang daripada dua warga Singapura yang dilapor hilang ketika berkayak di perairan Endau, Khamis lepas.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata mayat tersebut ditemui terapung kira-kira 12.50 tengah hari di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, oleh nelayan tempatan.

“Mayat kemudian disahkan tiba di Maritim Malaysia Zon Kemaman pada 4.30 petang dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pengecaman keluarga serta bedah siasat,” beliau dipetik oleh Bernama.

Advertisement

Haris Fadzillah berkata mayat tersebut ditemui kira-kira  18 batu nautika dari kayak milik dua warga Singapura tersebut ditemui.

Dia warga Singapura, Tan Eng Soon, 62, dan Puah Geok Tin, 57, dilapor hilang, Khamis lepas.

Berikutan perkembangan tersebut, Haris Fadzillah berkata sektor pencarian menggunakan aset udara oleh agensi penyelamat kini diperluaskan sekitar 600 batu nautika persegi perairan Kuantan, Pahang sehingga ke Kerteh, Terengganu.

Advertisement

Tan dan Puah dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang Khamis lalu selepas kayak dinaiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.

Mereka dipercayai terpisah dari kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top