BM | EN | 中文

Maulidur Rasul di Johor disambut cara sederhana

masjid-sultan-abu-bakar-johor.jpg

JOHOR BAHRU, 19 OKT: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor diadakan secara sederhana di Masjid Sultan Abu Bakar, malam tadi.

Sambutan dihadiri Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, lapor Berita Harian.

Majlis diteruskan dengan bacaan rawi dan selawat yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, Ustaz Muhammad Sharifuddin Salleh.

Majlis kemudian diakhiri dengan syarahan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot sebelum solat Isyak berjemaah.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top