BM | EN | 中文

Matthew Davies kini pemain JDT

IMG-20200217-WA0012.jpg

Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergambar bersama Matthew Davies yang kini merupakan pemain JDT.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 FEB: Bekas kapten skuad Pahang, Matthew Davies kini sah bergelar pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab itu.

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pihaknya berbesar hati dengan kehadiran pemain berusia 25 tahun itu.

“Ini merupakan satu pelaburan jangka masa panjang buat kami kerana dia baharu berusia 25 tahun. Dia merupakan seorang pemain yang mempunyai kualiti dan komitmen.

Advertisement

“Kehadirannya akan meningkatkan lagi skuad dalam saingan Liga Malaysia,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain baharu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus JDT, Luciano Figueroa dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Tunku Ismail yang juga merupakan Pemangku Raja Johor turut memaklumkan perancangan JDT untuk membawa masuk dua lagi pemain baharu pada tahun 2021.

Advertisement

Sementara itu, Davies memberitahu, beliau akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan bersama skuad Harimau Selatan itu.

“Saya sudah mengenali sebahagian pemain JDT ketika menyarung jersi pasukan kebangsaan, jadi ini pasti akan membantu saya menyesuaikan diri dengan lebih baik di sini.

“Saya ke sini untuk memenangi perlawanan dan mencapai lebih banyak kejayaan bersama JDT,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top