BM | EN | 中文

MATTA Melaka giat promosi destinasi luar bandar

Rumah-Datuk-Penghulu-Abdul-Ghani-Merlimau-Jasin.jpg

Gambar Hiasan (Rumah Demang Penghulu Abdul Ghani, Merlimau)

Advertisement

JASIN, 8 DIS: Melaka sedang mempergiatkan promosi destinasi pelancongan di kawasan luar bandar bagi membantu merancakkan kembali ekonomi sektor pelancongan negeri yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Pengerusi MATTA Melaka Goh Hock Gin berkata Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan sejarah, produk makanan dan kesihatan, namun masih banyak kawasan di luar bandar yang mempunyai keindahan flora dan fauna belum diterokai pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sebelum ini, pelancong lebih tertumpu kepada kawasan pelancongan di sekitar bandar raya Melaka, sedangkan di kawasan luar bandar di daerah Jasin dan Alor Gajah, turut menyediakan suasana menarik untuk dirasai sendiri serta kaya dengan keindahan dan keunikan alam semula jadi.

Advertisement

“Misalnya di Laman Tiga Budaya yang terletak di sempadan Melaka, Johor dan Negeri Sembilan ada keunikan tersendiri kerana bukan sahaja menjadi titik pertemuan antara tiga negeri, malah kedudukannya di kaki Gunung Ledang menjadikannya lokasi menarik untuk dikunjungi,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Terokai Jasin Bersama MATTA Melaka di sini, semalam.

Beliau berkata destinasi pelancongan di kawasan luar bandar lain yang unik dan menarik untuk dikunjungi termasuk, Bio Silver Asahan Water Theme Park di Asahan, Taman Eko Rimba Bukit Batu Lebah di Selandar dan Kem Lambaian Danau di Kampung Chinchin.

Advertisement

Katanya, persatuan itu akan terus menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dalam mewujudkan pakej-pakej pelancongan baharu terutamanya di kawasan luar bandar bagi menarik kedatangan pelancong khususnya pengunjung domestik ke negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top