BM | EN | 中文

Matrix Concept catat keuntungan kukuh RM231.63 juta

Matrix-Concepts-Holdings-Bhd.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 JUL: Matrix Concepts Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang kukuh sebanyak RM231.63 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2020 berbanding RM218.22 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan meningkat kepada RM1.28 bilion daripada RM1.04 bilion.

Antara barisan pengurusan dan ahli lembaga pengarah Matrix Concepts Holdings Bhd

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat hartanah itu berkata ia telah mengambil langkah komprehensif untuk melindungi kesihatan dan keselamatan para pekerjanya berikutan pandemik COVID-19 selain turut melaksanakan penyelesaian secara maya untuk memperluaskan saluran jualan.

Advertisement

“Objektif teras kumpulan ini kekal untuk meningkatkan aliran perolehan daripada perbandarannya dengan memanfaatkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap pembangunan Sendayan dan Bandar Sri Impian di Kluang, Johor.

“Untuk itu, kumpulan ini akan terus meningkatkan kemudahan dan infrastruktur sedia ada serta menambah baik kehidupan orang ramai di perbandaran ini,” katanya.

Matrix berkata ia akan meneruskan usaha meningkatkan simpanan tanahnya di sekitar perbandaran ini untuk memenuhi permintaan pada masa akan datang.

Advertisement

“Kumpulan ini telah memulakan kepelbagaian aliran perolehannya yang kukuh di luar ‘kubu tradisinya’ Negeri Sembilan dan Johor dengan mengembangkan portfolio projek domestik untuk menyertakan pembangunan di Lembah Klang dan antarabangsa seperti Melbourne, Australia dan Jakarta, Indonesia,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top