BM | EN | 中文

MATAPELAJARAN SEJARAH JOHOR DAN KESULTANAN ISLAM DILAKSANA BERPERINGKAT

WhatsApp-Image-2019-09-19-at-7.40.09-PM.jpeg
Advertisement

KULAI, 20 SEPT: Matapelajaran sejarah Johor dan Kesultanan Islam di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi.

Menurut Tosrin, subjek tersebut akan diperkenalkan kepada murid tahun satu, dua dan tiga di SAKJ pada tahun 2020, disusuli murid tahun empat, lima dan enam pada tahun 2021.

Subjek sama juga akan diperkenalkan kepada murid kelas khas dan pelajar sekolah menengah atas SAKJ pada tahun 2022.

Advertisement

“Bagi menyokong hasrat menjadikan Johor sebagai hab pendidikan agama yang dinamik, dasar pendidikan SAKJ telahpun disemak (semula).

“Perubahan kurikulum serta pertukaran kitab-kitab telah dilaksanakan secara berperingkat bermula (pada tahun) 2018 dan dijangka selesai pada 2020

“Kurikulum baru ini akan dapat memastikan setiap rakyat Johor daripada awal lagi mengenali sejarah negeri dan kesultanannya,” tambah Tosrin.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Perujian Membaca Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Peringkat Negeri Johor Kali ke-71 di kampus Yayasan Pelajaran Johor, disini, semalam.

Katanya lagi, kerajaan negeri berhasrat mengembalikan kegemilangan lepasan SAKJ yang kompeten dan berpengetahuan tinggi, selain tertanam jiwa keislaman sederhana yang tidak terpengaruh dengan budaya yang merosakkan.

Beliau yang juga Adun Bukit Permai berkata, melalui perubahan tersebut, ia diharap mampu memupuk kesatuan hatitindakan matlamat dan tindakan dalam menghadapi persaingan pada masa akan datang.

Advertisement

“Semua ini penting bagi memastikan anak-anak Johor mampu menjadi generasi Rabbani dan bangsa Johor yang Islami serta tersohor dalam apa jua disiplin ilmu di masa akan datang.”

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top