BM | EN | 中文

Mat Sentol sihat, masih menulis skrip

mat-sentol.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: “Tora datang lagi kali ini dengan permainan baru bola besi…” itu bait-bait dari ikian makanan ringan yang terkenal era 80-an yang dilantun pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rashid Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol.

Masih keletah dengan lawak jenakanya yang bersahaja, Mat Sentol membuktikan dia masih sihat sekali gus menafikan dia terlantar sakit seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa Mem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic itu berkata keadaan kesihatannya ketika ini baik dan masih mampu berjalan termasuk ke bazar Ramadan untuk melihat kuih-muih kegemarannya.

Advertisement

Mat Sentol, 88, yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo, kini tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 59, di kediaman itu sejak kematian isteri, Jamilah Kasri, 71, pada Disember lepas, turut menghabiskan masa dengan menulis skrip.

“Saya sihat.. petang ini saya nak pergi bazar nak tengok-tengok apa yang ada.. saya suka makan kuih-muih yang lembut.. Saya pun ada tulis skrip yang saya akan hantar pada orang tengah.. skrip biasa makan masa setahun juga.

“Nak petua awet muda… makan sambal belacan… cuba tengok orang Melaka semua cantik-cantik,” katanya berseloroh sambil disambut ketawa pelawat yang hadir ke rumahnya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Exco Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru yang menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada Mat Sentol di rumahnya.

Zaiton dilaporkan Bernama berkata, selain bantuan bakul makanan, Mat Sentul juga akan menerima bantuan RM500 dari JKM setiap bulan bermula Mei tahun ini.

“Sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kepada seniman ini kita amat alu-alukan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top