BM | EN | 中文

Mat Don sah milik JDT

Liridon.jpg

Liridon Krasniqi (tengah) diumumkan sebagai pemain baharu JDT.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 DIS: Bekas pemain bintang Kedah, Liridon Krasniqi sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas diumumkan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat kelab itu, di sini hari ini.

Pemain tengah berasal dari Kosovo itu akan didaftarkan sebagai pemain tempatan selewat-lewatnya Januari ini selepas urusan dokumentasi menjadi warganegara selesai.

Liridon, 27, yang mesra dengan panggilan Mat Don itu berkata, dia berasa bangga dan teruja untuk bermain bersama JDT.

Advertisement

“Alasan mengapa saya memilih JDT mudah sahaja, JDT merupakan kelab terbaik di Asia Tenggara dan memiliki cita-cita besar. Siapa yang tidak mahu menjadi sebahagian daripada kelab ini.

“Musim lalu saya berdepan masalah kecederaan, namun kini saya cergas, saya sudah bersedia,” ujarnya yang turut berterima kasih kepada JDT kerana membantu proses pemulihannya.

Turut hadir, Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora dan Pengurus JDT, Luciano Figueroa.

Advertisement

Liridon sebelum ini pernah merangkul beberapa kejuaraan sepanjang bersama Lang Merah sejak 2015 hingga 2018 sebelum berpindah ke Melaka United pada 2019 namun dibelenggu kecederaan.

Sementara itu, Benjamin berkata, pihaknya yakin Mat Don akan menjadi aset dalam memperkukuhkan lagi skuad Harimau Selatan menjelang musim baharu Liga Malaysia tidak lama lagi.

“Dia seorang pemain profesional yang memiliki kualiti pemain antarabangsa, tetapi dia merupakan tempatan.

Advertisement

“Dia akan menjadi aset bukan sahaja untuk JDT, tetapi juga untuk pasukan kebangsaan negara ini,” ujarnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top