BM | EN | 中文

Maszlee tolak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp

Maszlee-1-01-scaled.jpg

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik

Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 9 MEI: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menolak pelantikannya ke jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp.

Perkara itu dinyatakan Dr Maszlee dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata keputusan yang bakal dilakukannya mesti selari dengan mandat yang diberikan penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya.

Advertisement

“Saya mengambil maklum berita yang telah tersiar mengaitkan nama saya dengan lantikan di sebuah agensi kerajaan.

“Saya percaya, apa-apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, dan harus pulang kepada rakyat. Kepentingn rakyat adalah paksinya dan bukannya keuntungan peribadi.

“Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.

Advertisement

“Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini,” katanya.

Beliau menjelaskan banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhan MARA, dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangkan.

“MARA telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera yang secara tidak langung telah membantu memartabatkan ekonomi golongan bumiputera.

Advertisement

“Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Mereka sangat-sangat perlu dibantu,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top