BM | EN | 中文

Maszlee Malik tidak sedih, tidak marah

maszzllle.jpg

Maszlee Malik disambut penduduk Simpang Renggam dalam program yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam

Advertisement

KLUANG, 4 JAN: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memberitahu pihaknya tidak berasa sedih mahupun marah dengan keputusan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memintanya ‘memulangkan’ jawatan Menteri Pendidikan.

Katanya, pihaknya yakin keputusan itu mengandungi hikmah tersendiri buat dirinya dan penduduk Parlimen Simpang Renggam khususnya.

“Saya tidak sedih, tidak marah. Yakin ada hikmah di sebalik perkara ini, paling besar saya dapat kembali berkhidmat buat rakyat Simpang Renggam.

Advertisement

“Sejak menerima surat, saya lebih banyak ketawa daripada menangis, saya tidak menitis setitik air mata pun. Saya tidak minta menjadi menteri, tidak melobi, diakhiri karier pun saya reda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bersama Penduduk yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam, di sini hari ini.

Khamis lalu, Dr Maszlee membuat pengumuman untuk ‘memulangkan’ jawatan Menteri Pendidikan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Putrajaya selepas menjawat jawatan tersebut selama 20 bulan.

Advertisement

Tambah Dr Maszlee, pihaknya berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memberi peluang kepada dirinya untuk membuktikan dirinya mampu menggalas tanggungjawab diberi.

“Saya berdiri teguh atas keputusan Tun (Dr Mahathir), ini 20 bulan paling bermakna sepanjang usia 45 tahun kerana dapat mengabadikan hidup berkhidmat untuk rakyat di seluruh negara.

“Saya yakin Tun lebih nampak apa yang kami tidak memahaminya,” ujarnya.

Advertisement

Sementara itu, Dr Maszlee turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan yang diberi masyarakat terhadap dirinya menerusi petisyen yang dibuat dalam talian berhubung perkara tersebut.

“Saya difahamkan petisyen itu sudah hampir setengah juta, terima kasih, saya faham dan berkongsi simpati. Saya yakin tapak yang saya sediakan mencukupi dan pengganti saya akan dapat meneruskan agenda pendidikan negara,” tambahnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top